Followers

Tuesday, January 1, 2013

Apa itu Peplum

Salam tahun baru 2013... hari ni ramai yang berbicara perihal kurung modern ala peplum... teringin juga rasanya nak buat satu.... entah bila yang akan terealisasi agaknya... kalau body solid macam artis2 tak pa la jugak... ni body anak 4 huhu tak dapat nak dibayangkan....

Anyway untuk posting tahun baru I nak kongsikan terjemahan apa itu peplum... google.. dan terjumpa la article kat bawah ni.... thanks to harian metro...ilmu tu.... tapi kalau baju peplum tu menampakkan bentuk body baik tak payah buat... kesian ayah... abang dan adik lelaki kita.... wallahua'lam...

Peplum ilustrasi tubuh

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

‘TREND’ terbesar untuk musim ini adalah daripada jenis pakaian berpotongan peplum. Peplum atau terjemahannya ‘ropol pendek bahagian ping�gang’ cukup diminati wanita tatkala ini kerana mampu memberi ilustrasi pada tubuh mereka.

Wanita tidak kira bertubuh genit, sederhana mahupun berbadan gempal sering kali bingung dengan masalah perut buncit. Walaupun ada sesetengah pendapat mengatakan perut buncit sebenarnya seksi, gambaran itu nyata disangkal kebanyakan wanita di Malaysia.

Berbalik kepada baju berpotongan peplum, ia membuat�kan si pemakai tampil lebih berkarakter dan mencipta sesuatu yang menakjubkan buat pakaian berpotongan
biasa. Peplum juga memiliki motif dan potongan yang sangat beragam, ada yang bentuknya kaku, ada pula yang lembut.


Peplum tidak akan membuat anda terlihat seksi kerana pakaian ini mengembang di bahagian pinggang. Ia mungkin dapat menutup perut yang buncit, tetapi jika pemilihan warna dan corak yang keterlaluan, ia juga boleh membuatkan si pemakai terlihat lebih berisi.

Didatangkan dalam pelbagai warna mencuit perasaan, gaun peplum juga memberi sinar baru kepada si tubuh gempal keluar daripada kepompong warna selamat seperti rona gelap yang dipercayai mampu membuat si pemakainya kelihatan sedikit kecil.

Kalau melihat sejarahnya, barangkali ramai yang tidak tahu fenomena fesyen peplum tercetus di kalangan penggemar fesyen di Korea. Melihat dari sejarahnya, pakaian peplum sebenarnya sudah ada sejak lama iaitu sejak abad ke 19.

Wanita memakai busana ini untuk menonjolkan bentuk pinggang mereka. Gaun peplum selanjutnya diperkenalkan kembali pada dekad 40-an. Saat itu ramai wanita yang tergila-gila dengan bentuk tubuh menyerupai jam pasir. Tren ini kembali popular pada dekad 80-an.

Namun, ramai menyang�kakan fesyen ini dicetuskan pereka fesyen Hollywood gara-gara kuasa populariti dan pengaruh selebriti antarabangsa. Apatah lagi, penyanyi dan pengusaha fesyen, Victoria Beckham yang memakainya.

Kehebatan gaya isteri kepada pemain bola sepak England, David Beckham,
menggayakan gaun hitam peplum daripada jenama fesyennya itu menjadikan ia ‘item’ cukup popular di kalangan selebriti terkenal antaranya Nicole Scherzinger dan Blake Lively memiliki gaun yang sama.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/30

2 comments:

Anonymous said...

Perfect out of doors front door simply cannot prevent the [URL=http://www.northfaceapexbionicjacket.org/#1178]north face apex bionic[/URL] step to meet up. People today start using their very own creativeness to dress tasteful and delightful. Young children try to make attire far more marvelous, [URL=http://www.northfaceapexbionicjacket.org/#861]north face apex[/URL] that may find a lot more snack they like. Even so, so how exactly does Trick or treat live without big clothes in addition to comfy running shoes?

rinoa said...

Jemput view n follow di http://rinoalytionista.blogspot.com/ Jom tengok koleksi Peplum Blouse pada harga yang berpatutan.TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...